Anda perlulah mematuhi beberapa
syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kami
bagi memberikan keselesaan kepada anda dan juga
pengguna yang lain dan untuk mengelakkan
sebarang permasalahan yang akan berlaku :
1. Para pembeli yang budiman hendaklah mengikuti
setiap langkah-langkah pembelian yang telah
ditetapkan oleh kami (Alhusna
Gallery)
agar proses pengesahan pembayaran dapat
dilakukan dengan lancar.
2. Anda juga perlu memasukkan setiap maklumat
atau data yang betul dan jelas pada borang
pengesahan bayaran. Proses pengesahan,
penghantaran link download atau pengeposan
produk akan menjadi lambat dan bermasalah jika
proses ini gagal anda lakukan dengan cermat dan
teliti.
3. Setiap Link download yang dihantarkan
kepada anda MESTI
DIRAHSIAKAN dan merupakan hak milik
anda sahaja. Link download kami merupakan amanah
yang dipertanggunjawabkan kepada anda agar tidak
memberikannya kepada sesiapa saja sesuka hati.
Pihak Alhusna Gallery
akan mengambil tindakan tegas jika didapati anda
memberikan link download kami sesuka hati.
4. Jika terdapat sebarang masalah dengan link
download, file rosak (corrupt), hilang, berlaku
perkara yang meragukan atau sebagainya, sila
laporkan dengan seberapa segera kepada kami agar
kami dapat mengatasinya dengan segera.
5. Namun kadang-kadang berlaku kesilapan atau
masalah dari pihak pembeli seperti talian
internet pembeli yang bermasalah menyebabkan
file tidak dapat di'download' dengan sempurna.
Jika ini berlaku maka ia adalah di luar bidang
kami. Namun kami mengambil sikap 'mesra
pengguna' dengan mengadakan alternatif lain
untuk pembeli yang menghadapi masalah seperti
talian internet terlalu lambat, masih guna
'dial-up', rumah tiada internet terpaksa ke CC
dan sebagainya maka kami telah menyediakan
produk dalam bentuk CD dan akan menghantarnya ke
rumah anda menggunakan POS
EKSPRES, tetapi dengan sedikit penambahan
wang iaitu sebanyak
RM10.00 (tertakluk pada perubahan ).
6.
Tiada jaminan yang diperakukan
bahawa maklumat yang terkandung di dalam pakej
ini ini adalah tepat dan lengkap. Pihak kami
tidak bertanggungjawab di atas sebarang risiko,
kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi
atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan
aplikasi kandungan produk ini, secara langsung
atau tidak langsung.
7. Jaminan pulangan wang tidak
diberikan kerana produk ini adalah PRODUK
DIGITAL di mana pembeli mampu membuat
salinan peribadi tanpa pengetahuan kami jika
kami kembalikan wang anda tersebut. Namun
demikian, hak anda tetap kami utamakan dimana
setiap pembeli akan diberikan bantuan dan
support di dalam menggunakan produk-produk
tertentu sekiranya tidak berjaya melakukannya
walaupun telah mencubanya berulang kali. Oleh
itu jika anda tidak berpuas hati dengan syarat
ini maka kami nasihatkan agar anda tidak membeli
produk ini.
8. Kami telah mencuba produk ini
agar ianya bersesuaian dan boleh digunakan
dengan baik. Oleh itu sebarang masalah yang
timbul dari penggunaan produk ini sila maklumkan
dengan segera kepada pihak kami.
9. Kami hanya menjual produk
sahaja dan tidak menyediakan khidmat
memasang perisian ke komputer anda. Oleh
itu, pemasangan perisian adalah mengikut
inisiatif anda sendiri.
10. Anda tidak dibenarkan
untuk menjual semula pakej WEB TOOLS dan
sebarang produk kami ini sebagaimana yang kami
telah kami tawarkan ini. Anda perlulah
memasarkannya mengikut kreativiti anda sendiri
dan menggunakan bonus anda sendiri.
11. Anda juga tidak dibenarkan
untuk menggunakan Website kami dan bahan-bahan
yang terkandung di dalamnya untuk menjual semula
produk WEB TOOLS I atau produk anda
sendiri.
12. Anda perlulah meminta izin
dari pihak kami terlebih dahulu sebelum
mengambil sebarang bahan atau material yang
terkandung di dalam website kami ini
13. Anda perlulah mengetahui
serba sedikit tentang ilmu komputer seperti
berkaitan dengan perisian atau penggunaannya.
14. PENGGUNAAN KUPON -
Kami meletakkan beberapa syarat bagi penggunaan
Kupon antaranya penggunaan kupon secara
bertindan tidak dibenarkan iaitu anda
menghimpunkan beberapa kupon bagi membeli satu
produk kami, cara ini adalah tidak dibenarkan
Satu kupon hanya dibenarkan bagi satu produk
sahaja. Jika anda mendapatkan kupon ini dari
produk lain (JV Partner) maka anda perlulah
menggunakan email yang digunakan produk tersebut
untuk membeli produk kami atau dengan kata lain
menggunakan email yang sama. Kupon hanya boleh
digunakan sekali sahaja dan tidak boleh
berpindah milik atau untuk kegunaan anda sahaja.
-#TERMA DAN
SYARAT # -
Teruskan pembelian anda jika anda
bersetuju dengan Terma dan Syarat di atas. Jika
anda tidak bersetuju, maka anda tidak digalakkan
membeli produk ini bagi mengelakkan timbulnya
rasa ketidakpuashatian anda kelak.