[ Home ] [ Order ] [ WEB TOOLS ] [ Terma & Syarat ] [ Contact Us ] [Borang Pengesahan ] [ :: BLOG :: ]

 
 -#TERMA DAN SYARAT # -

Anda perlulah mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kami bagi memberikan keselesaan kepada anda dan juga pengguna yang lain dan untuk mengelakkan sebarang permasalahan yang akan berlaku :


1. Para pembeli yang budiman hendaklah mengikuti setiap langkah-langkah pembelian yang telah ditetapkan oleh kami (Alhusna Gallery) agar proses pengesahan pembayaran dapat dilakukan dengan lancar.

2. Anda juga perlu memasukkan setiap maklumat atau data yang betul dan jelas pada borang pengesahan bayaran. Proses pengesahan, penghantaran link download atau pengeposan produk akan menjadi lambat dan bermasalah jika proses ini gagal anda lakukan dengan cermat dan teliti.

3. Setiap Link download yang dihantarkan kepada anda MESTI DIRAHSIAKAN dan merupakan hak milik anda sahaja. Link download kami merupakan amanah yang dipertanggunjawabkan kepada anda agar tidak memberikannya kepada sesiapa saja sesuka hati. Pihak Alhusna Gallery akan mengambil tindakan tegas jika didapati anda memberikan link download kami sesuka hati.

4. Jika terdapat sebarang masalah dengan link download, file rosak (corrupt), hilang, berlaku perkara yang meragukan atau sebagainya, sila laporkan dengan seberapa segera kepada kami agar kami dapat mengatasinya dengan segera.

5. Namun kadang-kadang berlaku kesilapan atau masalah dari pihak pembeli seperti talian internet pembeli yang bermasalah menyebabkan file tidak dapat di'download' dengan sempurna. Jika ini berlaku maka ia adalah di luar bidang kami. Namun kami mengambil sikap 'mesra pengguna' dengan mengadakan alternatif lain untuk pembeli yang menghadapi masalah seperti talian internet terlalu lambat, masih guna 'dial-up', rumah tiada internet terpaksa ke CC dan sebagainya maka kami telah menyediakan produk dalam bentuk CD dan akan menghantarnya ke rumah anda menggunakan POS EKSPRES, tetapi dengan sedikit penambahan wang iaitu sebanyak RM10.00.

6. Tiada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam pakej ini ini adalah tepat dan lengkap. Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang  risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan produk ini, secara langsung atau tidak langsung.

7. Jaminan pulangan wang tidak diberikan kerana produk ini adalah PRODUK DIGITAL di mana pembeli mampu membuat salinan peribadi tanpa pengetahuan kami jika kami kembalikan wang anda tersebut. Namun demikian, hak anda tetap kami utamakan dimana setiap pembeli akan diberikan bantuan dan support dalam menggunakan produk ini sekiranya tidak berjaya melakukannya walaupun telah mencubanya berulang kali. Oleh itu jika anda tidak berpuas hati dengan syarat ini maka kami nasihatkan agar anda tidak membeli produk ini.

8. Kami telah mencuba produk ini agar ianya bersesuaian dan boleh digunakan dengan baik. Oleh itu sebarang masalah yang timbul dari penggunaan produk ini sila maklumkan dengan segera kepada pihak kami.

 -#TERMA DAN SYARAT # -
Teruskan pembelian anda jika anda bersetuju dengan Terma dan Syarat di atas. Jika anda tidak bersetuju, maka anda tidak digalakkan membeli produk ini bagi  mengelakkan timbulnya rasa ketidakpuashatian anda kelak.
 

 

[ Home ] [ Order ] [ WEB TOOLS ] [ Terma & Syarat ] [ Contact Us ] [Borang Pengesahan ] [ :: BLOG :: ]