-#TERMA DAN SYARAT # -

Anda perlulah mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kami di bawah. Ini bagi memberikan keselesaan kepada anda dan juga pengguna-pengguna yang lain dan juga untuk mengelakkan sebarang permasalahan yang akan timbul kelak  :


1. Para pembeli hendaklah mengikuti setiap langkah-langkah pembelian yang telah ditetapkan oleh kami (Alhusna Gallery) agar proses pengesahan pembayaran dapat dilakukan dengan lancar.

2. Anda juga perlu memasukkan setiap maklumat atau data yang betul dan jelas pada borang pengesahan bayaran. Proses pengesahan, penghantaran link download atau pengeposan produk akan menjadi lambat dan bermasalah jika proses ini gagal dilakukan dengan cermat dan teliti.

3. Setiap Link download yang dihantarkan kepada anda MESTI DIRAHSIAKAN dan merupakan hak milik anda sahaja. Link download kami itu merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada anda agar tidak memberikannya kepada sesiapa saja sesuka hati. Pihak Alhusna Gallery akan mengambil tindakan tegas jika didapati anda memberikan link download kami itu sesuka hati anda.

4. Jika terdapat sebarang masalah dengan link download, file rosak (corrupt), hilang, berlaku perkara yang meragukan atau sebagainya, sila laporkan dengan seberapa segera kepada kami agar kami dapat mengatasinya dengan segera.

5. Kadang-kadang berlaku kesilapan atau masalah dari pihak pembeli seperti talian internet pembeli yang bermasalah menyebabkan file tidak dapat di'download' dengan sempurna. Jika ini berlaku maka ia adalah di luar bidang kami. Namun kami mengambil sikap 'mesra pengguna' dengan mengadakan alternatif lain untuk pembeli yang menghadapi masalah seperti talian internet terlalu lambat / masih guna 'dial-up' / rumah tiada internet / terpaksa ke CC dan sebagainya, maka kami telah menyediakan produk dalam bentuk CD dan akan menghantarnya ke rumah anda menggunakan POS EKSPRES, tetapi dengan sedikit penambahan wang iaitu sebanyak RM10.00 (tertakluk pada perubahan).

6. Tiada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam pakej ini ini adalah tepat dan lengkap. Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang  risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan produk ini, secara langsung atau tidak langsung.

7. Jaminan pulangan wang tidak diberikan kerana produk ini adalah PRODUK DIGITAL di mana pembeli mampu membuat salinan peribadi tanpa pengetahuan kami jika kami kembalikan wang anda semula. Namun demikian, hak anda tetap kami utamakan dimana setiap pembeli akan diberikan bantuan dan support di dalam menggunakan produk-produk tertentu sekiranya tidak berjaya melakukannya walaupun telah mencubanya berulang kali. Oleh itu jika anda tidak berpuas hati dengan syarat ini maka kami nasihatkan agar anda tidak membeli produk ini. Ini bagi mengelakkan timbulnya perasaan tidak puas hati nanti.

8. Kami telah mencuba produk ini agar ianya bersesuaian dan boleh digunakan dengan baik. Oleh itu sebarang masalah yang timbul dari penggunaan produk ini sila maklumkan dengan segera kepada pihak kami.

9. Kami hanya menjual produk sahaja dan tidak menyediakan khidmat memasang perisian ke komputer anda. Oleh itu, pemasangan perisian adalah mengikut inisiatif anda sendiri.

10. PENGGUNAAN KUPON - Kami meletakkan beberapa syarat bagi penggunaan Kupon antaranya penggunaan kupon secara bertindan tidak dibenarkan iaitu anda menghimpunkan beberapa kupon bagi membeli satu produk kami, cara ini adalah tidak dibenarkan Satu kupon hanya dibenarkan bagi satu produk sahaja. Jika anda mendapatkan kupon ini dari produk lain (JV Partner) maka anda perlulah menggunakan email yang digunakan produk tersebut untuk membeli produk kami atau dengan kata lain menggunakan email yang sama. Kupon hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh berpindah milik atau untuk kegunaan anda sahaja.

11. TIDAK DIBENARKAN -  Anda tidak dibenarkan untuk menjual semula pakej AMAZING eCOVER kami sebagaimana yang telah ditawarkan oleh kami ini. Anda perlulah kreatif agar pakej yang ditawarkan oleh anda tidak sama dan berlainan dengan pakej yang telah kami tawarkan ini. Anda perlulah menggunakan bonus, website dan sales letter anda sendiri dan tidak boleh menggunakan sebarang hakmilik kami ini.

12. TIDAK DIBENARKAN - Sebarang penggunaan bahan dari website kami ini untuk tujuan memasarkan produk anda sendiri atau produk kami, mestilah mendapat keizinan dari pihak kami terlebih dahulu.

 -#TERMA DAN SYARAT # -
Teruskan pembelian anda jika anda bersetuju dengan Terma dan Syarat di atas. Jika anda tidak bersetuju, maka anda tidak digalakkan membeli produk ini bagi  mengelakkan timbulnya rasa ketidakpuashatian anda kelak.